June 24, 2015

Kelebihan Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadah bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini.


Sesungguhnya, bagi mereka yang tahu menilai sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan yang ada pada bulan ini. Bahkan Rasulullah sendiri pernah menegaskan


لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا


"Sekiranya manusia benar-benar menyedari kelebihan yang ada di dalam Ramadhan, pasti mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan".(Riwayat Ibnu Abi Dunya)







June 13, 2015

Jangan Pernah Berputus Asa Dalam Berdoa


Amalan berdoa merupakan suatu tuntutan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Banyak ayat-ayat Al-Quran mahupun hadith menyebut tentang galakan berdoa. 


Firman Allah SWT yang bermaksud : “dan Tuhanmu berfirman : berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.” (al-Mu’min: 60). Firman-Nya lagi yang bermaksud : “berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang apa yang diminta dan cara meminta).” (al-A’raf : 55). 

June 11, 2015

Amalan Sunnah Yang Dituntut

  
Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2 yang bermaksud, "Allah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalannya. Dan dialah Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".


Beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW adalah dituntut oleh setiap muslim yang beriman dan beramal soleh kerana Rasulullah SAW memberikan panduan dan tauladan yang terbaik untuk setiap insan.

Contoh teladan terbaik untuk diikuti tentu sahaja daripada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul adalah terpelihara daripada melakukan dosa (maksum).

Ketika Saidatina ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha ditanya tentang akhlak dan sifat Baginda S.A.W, maka beliau menjawab : “Akhlak Rasulullah S.A.W adalah Al-Quran.” (Hadis Riwayat Muslim)

Doa Untuk Anak Yang Lambat Bercakap

[Penawar Anak Lambat Bercakap]



SURAH AN-NISA Ayat 164
1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.
2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2 kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.
3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri.
INSYAALLAH.... (Dipersilakan SHARE)
Maniskan Iman Semanis Senyuman


June 10, 2015

solat


Solat itu tiang agama, maka barangsiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia menegakkan agamanya, dan barangsiapa merobohkannya, maka sesungguhnya dia telah merobohkan agamanya.






June 03, 2015

Munafik



MAKNA  MUNAFIK


  • Dari segi bahasa ialah orang yang menyembuyikan perkara atau maksud sebenar.
  • Dari segi syarak ialah seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikan di dalam hati dan pada masa yang sama menzahirkan keimanannya secara berpura-pura.

Kebiasaannya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran islam dan mengaku mereka ialah seorang islam tetapi di dalam hatinya tidak dapat nenerima ajaran yang suci ini.


TANDA SESEORANG ITU MENJADI MUNAFIK

       1. Iman tidak tetap dan tidak teguh. 


Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin. Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.

       2. Tindak-tanduk yang sentiasa berubah.

Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat. Ketika dia bersama orang yang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.

       3. Tidak tetap kata.

Dia sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dengan orang Mukmin lainnya, dia akan memuji-muji Islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang Mukmin, secara senyap dia akan menghina Islam.

       4. Sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas.

Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.

       5. Jiawanya tidak tenteram.

Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap pura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.

       6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup.

Mereka hanya menjadikan dunai sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafik adalah tidak di utamakan.


"Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan munafik ini kerana segalanya penuh dengan kepura-puraan. Tambahan pula, balasan di Akhirat amat pedih".

                                                                                                

                                                                                                     Indahnya Hidup Bersyariat.



June 02, 2015

Jom Hapuskan Dosa




AMALAN-AMALAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENDAPAT KEAMPUNAN
  1. Mengelokkan wuduk.
  2. Mengerjakan solat Tasbih.
  3. Berpuasa dan beribadah di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.
  4. Mengucapkan syukur (Alhamdulillah) setiap kali selepas makan dan memakai pakaian.
  5. Duduk sebentar di dalam masjid selepas solat.
  6. Berzikir selepas solat.
  7. Berjalan dari rumah menuju ke masjid dalam keadaan berwuduk.
  8. Berzikir kepada Allah s.w.t. secara bersendirian atau berkumpulan.
  9. Memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
  10. Mengerjakan solat secara berjemaah.
  11. Solat di saf hadapan.
  12. Mandi sunat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat.
  13. Membelanjakan harta ke jalan Allah s.w.t.