May 31, 2015

FADHILAT AMALAN AYAT AL-KURSI


Ayat Al-Kursi iaitu ayat 255 surah Al-Baqarah yang digelar sebagai penghulu dari segala ayat di dalam Al-Quran, sesungguhnya mempunyai banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Terdapat banyak Hadis Rasulullah SAW (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat itu. Di antaranya ialah:


  1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
  2. Sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
  3. Sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, insyaAllah akan berhasil hajatnya.
  4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah ayat Al-Kursi 170 kali. InsyaAllah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi sebanayak 170 kali, diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, insyaAllah akan berhasil hajatnya.
  6. Sesiapa yang naik marah, bacalah ayat Al-Kursi, insyaAllah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.
  7. Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati, amalkan membaca ayat Al-Kursi 170 kali. Amalan ini juga insyaAllah boleh mendapatkan petunjuk dari Allah S.W.T.



Kaifiat amalan membaca ayat Al-Kursi untuk sesuatu hajat yang dipohonkan kepada Allah S.W.T:

  1. Solat sunat dua rakaat, sebaiknya di waktu sunyi tengah malam, sama ada solat sunat mutlaq, solat Tahjjud atau Hajat.
  2. Selepas selesai solat, bacalah Istighfar, Al-Fatihah dan selawat atas Nabi SAW
  3. Bacalah ayat Al-Kursi seberapa banyak mengikut jumlah yang dikehendaki.
  4. Kemudian baca selawat Tawasul kepada Nabi Muhammad SAW.
  5. Akhir sekali berdoalah memohon kepada Allah S.W.T.

May 29, 2015

Hasan Al-Basri


Hassan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan di ambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.


Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat Mati
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan 
tubuh yang SIHAT
kerana syarat Mati
TIDAK mesti  SAKIT.

Jangan terperdaya dengan
harta kekayaan
sebab
Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya 
meski pun cuma selembar.

Mari terus berbuat BAIK
berniat untuk BAIK
berkata yang BAIK-BAIK
meskipun TIDAK banyak orang 
yang mengenalimu dan
Tidak suka dengan nasihatmu.

Cukup lah ALLAH yang
mengenalimu lebih dari 
pada orang lain.

Jadilah bagai jantung
yang tidak terlihat
tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA

"Waktu yang ku sesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam, amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku saat ini umurku berkurang"


May 19, 2015

Khusyu' dalam Solat



Khusyu' ketika mengerjakan solat merupakan jiwa yang menghayati solat itu sendiri. Setengah ulama berpendapat bahawa solat yang tidak khusyu' adalah sia-sia sahaja. Terdapat banyak firman Allah di dalam Al-Quran dan juga Hadis-hadis Rasulullah S.W.A bahawa khusyu' merupakan syarat kejayaan seseorang di dalam solatnya. Di antaranya, firman Allah (Surah Al-Mu'minun ayat 1-2):



KAEDAH UNTUK KHUSYU' KETIKA SOLAT


  1. Ingatkan di dalam hati bahawa kita sedang menghadap Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa, yang sedang memerhatikan segala amal perbuatan kita.
  2. Hendaklah benar-benar difahami pekerjaan solat yang sedang dilakukan.
  3. Dilakukan dengan hati yang bersih, ikhlas, tidak keluh kesah atau perasaan malas.
  4. Sebaik-baiknya hendaklah difahami erti dan makna setiap bacaan atau ucapan atau zikir dalam solat.
  5. Bagi menjauhi was-was dari hasutan syaitan, baca surah An-nas sebelum Takbiratul-Ihram.
  6. Arahkan pandangan mata ke tempat sujud dari awal hingga akhir.
  7. Panjangkan rukuk dan sujud.
  8. Jangan menggerak-gerakkan anggota badan atau tangan semasa solat.