May 31, 2015

FADHILAT AMALAN AYAT AL-KURSI


Ayat Al-Kursi iaitu ayat 255 surah Al-Baqarah yang digelar sebagai penghulu dari segala ayat di dalam Al-Quran, sesungguhnya mempunyai banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Terdapat banyak Hadis Rasulullah SAW (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat itu. Di antaranya ialah:


  1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
  2. Sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
  3. Sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, insyaAllah akan berhasil hajatnya.
  4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah ayat Al-Kursi 170 kali. InsyaAllah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi sebanayak 170 kali, diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, insyaAllah akan berhasil hajatnya.
  6. Sesiapa yang naik marah, bacalah ayat Al-Kursi, insyaAllah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.
  7. Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati, amalkan membaca ayat Al-Kursi 170 kali. Amalan ini juga insyaAllah boleh mendapatkan petunjuk dari Allah S.W.T.



Kaifiat amalan membaca ayat Al-Kursi untuk sesuatu hajat yang dipohonkan kepada Allah S.W.T:

  1. Solat sunat dua rakaat, sebaiknya di waktu sunyi tengah malam, sama ada solat sunat mutlaq, solat Tahjjud atau Hajat.
  2. Selepas selesai solat, bacalah Istighfar, Al-Fatihah dan selawat atas Nabi SAW
  3. Bacalah ayat Al-Kursi seberapa banyak mengikut jumlah yang dikehendaki.
  4. Kemudian baca selawat Tawasul kepada Nabi Muhammad SAW.
  5. Akhir sekali berdoalah memohon kepada Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment