Khusyu' ketika mengerjakan solat merupakan jiwa yang menghayati solat itu sendiri. Setengah ulama berpendapat bahawa solat yang tidak khusyu' adalah sia-sia sahaja. Terdapat banyak firman Allah di dalam Al-Quran dan juga Hadis-hadis Rasulullah S.W.A bahawa khusyu' merupakan syarat kejayaan seseorang di dalam solatnya. Di antaranya, firman Allah (Surah Al-Mu'minun ayat 1-2):
KAEDAH UNTUK KHUSYU' KETIKA SOLAT
- Ingatkan di dalam hati bahawa kita sedang menghadap Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa, yang sedang memerhatikan segala amal perbuatan kita.
- Hendaklah benar-benar difahami pekerjaan solat yang sedang dilakukan.
- Dilakukan dengan hati yang bersih, ikhlas, tidak keluh kesah atau perasaan malas.
- Sebaik-baiknya hendaklah difahami erti dan makna setiap bacaan atau ucapan atau zikir dalam solat.
- Bagi menjauhi was-was dari hasutan syaitan, baca surah An-nas sebelum Takbiratul-Ihram.
- Arahkan pandangan mata ke tempat sujud dari awal hingga akhir.
- Panjangkan rukuk dan sujud.
- Jangan menggerak-gerakkan anggota badan atau tangan semasa solat.
No comments:
Post a Comment