April 27, 2015

WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA



  1. Pada malam al-Qadar (sepuluh malam terakhir yang ganjil dalam bulan Ramadhan).
  2. Pada hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah haji wukuf di Arafah).
  3. Pada bulan Ramadhan.
  4. Pada malam Jumaat.
  5. Pada hari Jumaat.
  6. Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam.
  7. Pada tengah malam.
  8. Seperdua malam yang kedua (selepas jam 12 malam).
  9. Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam).
  10. Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi).
  11. Pada waktu sahur (sebelum fajar).
  12. Sesudah berwuduk.
  13. ketika orang azan untuk solat.
  14. Antara azan dan iqamat.
  15. Ketika orang mengucapkan iqamat.
  16. Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil (peperangan mempertahankan ajaran Islam).
  17. Dalam pertempuran di medan perang.
  18. Pada akhir tiap-tiap solat fardu.
  19. Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat).
  20. Ketika sedang membaca al-Quran.
  21. Setelah tamat membaca al-Quran.
  22. Ketika minum air zamzam.
  23. Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi).
  24. Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama.
  25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran.
  26. Ketika menutupkan mata orang yang telah mati.
  27. Pada waktu turun hujan.

April 24, 2015

RUPA BENTUK & PERWATAKAN DAJJAL


Terdapat banyak riwayat yang menceritakan ciri-ciri fizikal dan perwatakan Dajjal. Namun semuanya hampir sama sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Nabi.

Secara ringkas, Dajjal ialah lelaki berketurunan Nabi Adam. Dia seorang pemuda Yahudi berkulit merah, bertubuh pendek, berambut kerinting, dahinya lebar, mata kanannya buta dan mata kirinya besar seakan-akan buah anggur tetapi seolah-olah menonjol keluar. Di antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf fa ra secara terpisah yang dapat dibaca oleh para auliya'Nya sahaja melalui kasyaf (mata hati) dengan izinNya.

Selain itu, dia seorang lelaki yang mandul yang tidak mempunyai anak. Allah SWT mengurniakan sihir dan kelebihan luar biasa kepadanya bagi menguji keimanan umat akhir zaman.

April 23, 2015

MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT



Allah SWT berfirman di dalam al-Quran, maksudnya:
"(Malaikat-malaikat) yang memikul Arasy dan (Malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memohon keampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, Rahmat dan ilmu yang  ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berikan keampunan kepada orang yang bertaubat dan mengikuti jalan (agama)Mu dan peliharalah mereka daripada azab Neraka. Ya Tukan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang soleh di antara nenek moyang mereka, isteri-isteri dan keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana".



Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi di antara golongan manusia yang didoakan oleh para Malaikat. Di antara golongan tersebut ialah:

1. ORANG YANG BERSEDEKAH DI AWAL HARI.
Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud: "Setiap pagi dua Malaikat turun, Malaikat yang pertama berdoa: "Ya Allah, gantikanlah harta orang yang bersedekah". Dan Malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah, hancurkanlah harta orang-orang yang kedekut".

2. ORANG YANG MENANTIKAN MASUKNYA WAKTU SOLAT.
Rasullulah SAW bersabda, maksudnya: "Seseorang yang duduk menantikan waktu solat, selama mana dia tidak berhadas, maka Malaikat terus mendoakannya: "Ya Allah, ampunkan dosanya, Ya Allah, rahmatilah ia".

3. ORANG YANG MENDOAKAN SAUDARANYA TANPA DIA KETAHUI.
Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud: "Doa seorang Muslim kepada saudaranya dalam keadaan dia tidak ketahui adalah mustajab. Setiap kali dia mendoakan kebaikan saudaranya, Malaikat disisinya akan berkata: "Amin, semoga Allah memperkenan doamu, dan semoga engkau mendapat juga kebaikan seperti  yang kamu pinta untuk saudaramu". 

4. ORANG YANG BERWUDUK SEBELUM TIDUR.
Rasullulah SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka Malaikat disisinya berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si polan ini, kerana dia tidur dalam keadaan suci".

5. ORANG YANG MENZIARAHI ORANG SAKIT.
Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud: "Mana-mana Muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit, maka Allah mengutus 70,000 Malaikat mendoakannya daripada siang hingga ke senja dan daripada awal malam sehingga ke subuh".




April 19, 2015

BERTAUBATLAH JANGAN BERTANGGUH


TAUBAT adalah kembali taat kepada Allah SWT dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon dari Allah SWT. Setiap individu digesa bertaubat untuk menyucikan dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan tidak sengaja apatah lagi jika disengajakan. Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah SWT mahupun dosa sesama manusia.

Bertaubat kepada Allah SWT hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah SWT iaitu TAUBAT NASUHA. Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah SWT. Di antara syarat-syarat taubat yang di perkatakan oleh para ulamak berdasarkan hadis dan ayat-ayat al-Quran ialah:


  1. Berhenti serta merta daripada dosa yang dilakukan itu.
  2. Mewujudkan rasa menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan.
  3. Berazam tidak akan melakukan kembali dosa-dosa terdahulu.
  4. Jika dosa yang melibatkan hak insan lain hendaklah dipulangkan semula hak insan tersebut dan meminta ampun dan maaf daripada insan tersebut.



Berikut 4 tanda taubat diterima Allah SWT:

  • Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang soleh.
  • Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah.
  • Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat.
  • Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

Sifat orang yang mengenali Allah SWT ada enam, antaranya:

Jika ia ingat kepada Allah SWT, ia berbangga.
Jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri.
jika ia melihat ayat-ayat Allah (al-Quran), ia mengambil iktibar.
Jika ingin bermaksiat, ia menahan diri.
Jika ingin kemaafan Allah SWT, ia gembira.
Jika ingat dosa-dosanya, ia terus memohon keampunan dari Allah SWT.



April 15, 2015

"RAHSIA AL-FATIHAH"



Tidak ada surah dalam al-Quran yang diperintahkan oleh Allah S.W.T  diulang bacanya lebih banyak daripada surah al-Fatihah. Ia merupakan surah pertama yang diturunkan sepenuhnya sekaligus. Sebelum itu, semua surah diturunkan ayat demi ayat secara berperingkat. Al-Fatihah juga diperintahkan dibaca pada setiap rakaat dalam solat. Mengapa demikian? Pasti ada barakah dan rahsia di sebaliknya.

1.BISMILAH.

Ayat pertama dalam al-Quran ialah Bismillah. Ia merupakan ayat yang pertama sekali dituliskan di Luh Mahfuz dan yang pertama diajar kepada Nabi Adam A.S. Tidak syak lagi, ayat ini adalah kunci segala keberkatan. Sebab itulah kita disuruh membacanya apabila hendak melakukan apa sahaja.


2. AR-RAHMAN AR-RAHIM

Surah ini juga bermula dengan menekankan tentang Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua makhluk-Nya. Setiap makluk yang dijadikan, dijamin makan dan minum setiap hari oleh Allah S.W.T. Tidak kira dimana berada sama ada seekor semut yang berkeliaran ditanah, sebatang pokok yang berakar dibumi, seekor ikan yang hidup dilautan atau burung-burung yang berterbangan di udara. Rezeki semua makluk-Nya itu teleh disediakan oleh Allah S.W.T. Betapa mudahnya tugas makhluk, hanya perlu berusaha mencari sesuatu yang telah disediakan.

3. ALHAMDULILLAH.

Dengan menyebut 'Alhamdulillahi Rabbil Alamin' tidak kurang 17 kali setiap hari, Allah S.W.T mengajar manusia agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat-Nya yang banyak dan tidak putus-putus. Seberat mana sekalipun cubaan yang diterima, seseorang yang beriman itu tetap bersyukur kerana dia sedar di sebalik apa yang berlaku, ada Rahmat yang tersembunyi. Segalanya akan diperolehi sekiranya dia bersabar dan taat kepada Allah S.W.T.  

4 KEADAAN MANUSIA



Hanya ada empat keadaan yang dialami oleh seseorang manusia (hamba):

                                      NIKMAT     
                                                            UJIAN
                                                                               TAAT
                                                                                                MAKSIAT 



  1. Jika berada dalam nikmat, bersyukurlah.
  2. Jika berada dalam ujian, bersabarlah.
  3. Jika berada dalam taat, saksikanlah anugerah-Nya kepadamu.
  4. Jika berada dalam maksiat, segeralah bertaubat.
NIKMAT
  • Anugerah, kurnia dan pemberian dari Allah SWT.
UJIAN
  • Musibah atau kesukaran dan sebagainya yang berlaku untuk menguji keimanan dan kesabaran.
TAAT
  • Patuh melakukan perintah Allah SWT dan tidak melanggar larangan-Nya.
MAKSIAT
  • Perbuatan dosa yang melanggar perintah Allah SWT.

Sabda Rasullullah SAW:"Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai".

April 13, 2015

NASIHAT IMAM GHAZALI


Imam al-Ghazali ada menerangkan KAWAN yang BAIK dan KAWAN yang TIDAK BAIK.



  • PILIH kawan yang berakal, JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

  • PILIH kawan yang berakhlak, JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.

  • PILIH kawan yang soleh, JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

  • PILIH kawan yang bersederhana, JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

  • PILIH kawan yang bercakap benar, JANGAN pilih kawan yang bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.


April 12, 2015

NASEHAT KUBUR





Saya adalah tempat paling GELAP maka terangilah saya dengan TAHAJJUD.


Saya tempat yang paling SEMPIT maka luaskanlah saya dengan SILATURAHIM


Saya adalah tempat paling SEPI maka ramaikanlah dengan membaca AL-QUR'AN


Saya adalah tempat binatang yang MENJIJIKKAN maka racunilah dengan AMAL SEDEKAH.


Saya tempat MUNKAR & NAKIR bertanya maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapakan kalimah LAAILHAILLALLAH

April 10, 2015

RAHSIA BERWUDHUK


Adalah PENGHAPUS dan PEMBERSIH kepada DOSA-DOSA KECIL yang ada pada DIRI seseorang.


BERWUDHUK adalah PROSES PERTAMA bagi ALLAH untuk MENGAMPUNKAN Dosa-Dosa seseorang didalam rukun sholat.


Jika RUKUN BERWUDHUK itu TEPAT dan DIBUAT dengan SEMPURNA maka TERHAPUSLAH Dosa-Dosa Kecil yang dikehendaki olek Allah.


Tetapi jika TIDAK DILAKUKAN dengan SEMPURNA maka TIDAK AKAN WUJUD Proses Penghapusan Dosa-Dosa kecil kerana seseorang itu dalam Kategori LALAI dan            TIDAK TAAT.


Dan jika PROSES BERWUDHUK ini GAGAL disempurnakan maka BESAR PELUANG seseorang itu TIDAK DAPAT menikmati PROSES PENGAMPUNAN lain dalam SHOLATnya.


Ini SEBABNYA ramai yang BERSHOLAT tetapi TIDAK mendapat sebarang RAHMAT, HIDAYAT dan PENGAMPUNAN dari ALLAH maka mereka akan TETAP berada didalam keadaan yang RUGI dan MARTABAT mereka TIDAK MENINGKAT


April 09, 2015

"TEPUK DADA TANYALAH IMAN"


KALAMULLAH

"Wahai orang yang beriman!
Bertakwalah kamu kepada Allah 
dan ucapkanlah perkara yang benar". 
(al-Ahzab:70)

HADIS PILIHAN
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupas dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu". 
(Hadis Riwayat: Muslim)




SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?
        Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mangambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
        Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah lalu ia berkata "Inna lillahi wa inna illahi raji'un" seraya berdoa "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.


SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
        Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak leka dengan kenikmatan dunia yang sementara ini. 


SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
        Orang yang miskin adalah orang yang tidak paus dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpukan kepada harta dunia semata-mata.


SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?
        Orang yang rugi adalah orang orang yang sudah mencapai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
        Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
        Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang meninggal dunia dengan membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.


SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING SEMPIT?
        Orang yang mempunyai rumah yang paling sempit adalah orang yang meninggal dunia dengan tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya itu menghimpitnya.


SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
        Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni Syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa Neraka jahanam. 


April 05, 2015

FADHILAT 10 SURAH


KALAMULLAH


"Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya,
 petunjuk bagi mereka yang bertakwa".

(al-Baqarah:2)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis".
(Hadis Riwayat: at-Tabrani)





SURAH DALAM 

AL-QURAN DAPAT 

MENCEGAH 10 

PERKARA



  1. Surah Al Fatihah mencegah kemarahan Allah.
  2. Surah Yasin mencegah kehausan di hari kiamat.
  3. Surah Ad Dukhan mencegah kesusahan di hari kiamat.
  4. Surah Waqi'ah mencegah kefakiran.
  5. Surah Al Mulk mencegah siksa kubur.
  6. Surah Al Kautsar mencegah permusuhan.
  7. Surah Al Kafirun mencegah kekufuran ketika di cabut roh.
  8. Surah Al Ikhlas mencegah kemunafikan.
  9. Surah Al Falaq mencegah iri hati seseorang.
  10. Surah An Nas mencegah was-was.


"APABILA KAU SIBUK DENGAN DUNIAMU, 
MAKA AKHIRATMU AKAN LUPUT"



April 04, 2015

SABAR

Sabar merupakan sebuah kata yang ringan diucapakan, namun sangat berat dalam kehidupan. Dengannya perjalanan hidup insan akan selalu terbimbing di atas kebenaran. Rasulullah s.a.w bersabda:

                                      وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ
Maksudnya :"Kesabaran itu adalah cahaya."                      Al-hafizh an-Nawawi rahimahumallah berkata, "Sesungguhnya kesabaran adalah amalan yang terpuji dan pelakunya akan selalu terbimbing di atas kebenaran."

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahumallah berkata, "Sebuah petunjuk (al-huda) tidak akan diraih melainkan dengan ilmu, sedangkan kemudahan untuk beramal dengan ilmu (ar-rasyad) tidak akan diraih melainkan dengan kesabaran.

Al-Imam Ibnu Qayyim rahimahumallah berkata, "sesungguhnya Allah menjadikan sabar sebagai kuda tunggangan yang tidak kenal lelah, pedang yang tidak pernah tumpul, prajurit yang pantang menyerah, benteng kukuh yang tidak boleh dihancurkan dan ditembusi. Sabar merupakan saudara kandung kemenangan. Di mana ada kesabaran, di situ ada kemenangan."

Sabar itu menahan. Maksudnya, menahan kalbu dari rasa kesal terhadap ketentuan Allah s.a.w, menahan lisan dari berkeluh kesah dan menahan anggota badan dari perbuatan maksiat. Di atas tiga asas itulah kesabaran dibangun.





April 02, 2015

HUTANG



Dalam ayat 282, Surah al-Baqarah dinyatakan dengan panjang lebar betapa kalau hendak memberi dan mengambil hutang, jumlah dan tempoh membayar balik perlu dituliskan berserta dua saksi.

Dalam ayat berikutnya pula, dinyatakan bahawa sekiranya tidak ditulis pun, orang yang berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Dalam kata lain, walaupun tanpa bertulis dan saksi, Allah menjadi saksi kepada transaksi mereka itu.

Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu sebelum diagihkan kepada waris. Hal ini disebut dalam ayat 11, Surah an-Nisa'.

Tidak cukup dengan firman Allah dalam al-Quran, penekanan kepada menjelaskan hutang ini disebutkan dalam hadis Rasulullah.

Contohnya, sabda Nabi bermaksud: "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang." (Hadis riwayat Muslim).

Kita maklum bahawa syuhada dijanjikan syurga. Namun, hadis ini menunjukkan bahawa apa yang menghalang mereka daripada masuk syurga adalah hutang yang tidak dijelaskan.

Itu syuhada, jika mereka pun wajib membayar hutang, apa lagi kita manusia biasa.

Islam bukan saja mewajibkan umatnya membayar hutang, malah menjanjikan bahawa kalau berhutang dengan niat untuk membayar, Allah akan memudahkan kita.

Sebaliknya, kalau berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: "Swsiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya." Maksud ayat 'Allah akan membayarkan' adalah Allah akan memudahkan rezeki orang itu agar dia dapat membayar hutangnya.

Jadi, jelas betapa Islam mewajibkan umatnay membayar hutang. 




April 01, 2015

WATAK DAN PERSONALITI IMAM MAHADI


Dalam hadis-hadis sahih, Imam Mahadi digambarkan sebagai seorang lelaki bertubuh tegap, besar dan tinggi. Kulitnya putih kemerah-merahan seperti kulit orang Arab. Wajahnya tampan dan berseri. Kepalanya besar dan bentuk mukanya agak memanjang. Dahinya luas dan lebar. Hidungnya mancung seperti hidung orang-orang arab. Bulu keningnya nipis, melengkung dan tidak bertemu. Biji matanya besar dan pinggir matanya nampak sentiasa kelihatan bercelak.


Jambangnya agak nipis tetapi janggutnya panjang, tebal dan kemas. Giginya cantik dan berjarak. Bahunya lebar dan dadanya bidang. Kedua-dua belah pahanya renggang manakala daging pahanya agak besar. Beliau sentaiasa memakai serban terutama berwarna putih. Jubahnya pula dua lapis berwarna putih daripada jenis Qutwani dan rekaannya seperti rekaan baju Gamis. Beliau akan mengenakan sebatang tongkat ke mana sahaja beliau pergi. 

Kedua-dua belah tapak tangannya besar dan tegap. Beliau dikatakan seorang yang sukar bercakap. Apabila sukar menyatakan sesuatu, beliau akan menepuk paha kirinya dengan tangan kanan. Secara amnya, perwatakannya sama dengan perwatakan Rasulullah s.a.w. Beliau sentiasa kelihatan sihat dan tenang.

Imam mahadi memiliki baju besi Rasulullah s.a.w yang baginda pakai semasa berperang. Baju itu tidak pernah digunakan selepas kewafatannya. Beliau juga memiliki sebuah pedang Rasulullah s.a.w  yanh dinamakan Zulfikar. Pedang itu pernah digunakan oleh Sayidina Ali dalam beberapa peperangan.


Beliau turut memiliki sehelai bendera merah yang diperbuat daripada kain bulu dan tertulis perkataan 'Bermula Perjanjian Itu Bagi Allah' dengan warna hitam. Beliau tidak pernah membangunkan orang yang sedang tidur kecuali apabila masuk waktu solat.