April 15, 2015

"RAHSIA AL-FATIHAH"



Tidak ada surah dalam al-Quran yang diperintahkan oleh Allah S.W.T  diulang bacanya lebih banyak daripada surah al-Fatihah. Ia merupakan surah pertama yang diturunkan sepenuhnya sekaligus. Sebelum itu, semua surah diturunkan ayat demi ayat secara berperingkat. Al-Fatihah juga diperintahkan dibaca pada setiap rakaat dalam solat. Mengapa demikian? Pasti ada barakah dan rahsia di sebaliknya.

1.BISMILAH.

Ayat pertama dalam al-Quran ialah Bismillah. Ia merupakan ayat yang pertama sekali dituliskan di Luh Mahfuz dan yang pertama diajar kepada Nabi Adam A.S. Tidak syak lagi, ayat ini adalah kunci segala keberkatan. Sebab itulah kita disuruh membacanya apabila hendak melakukan apa sahaja.


2. AR-RAHMAN AR-RAHIM

Surah ini juga bermula dengan menekankan tentang Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua makhluk-Nya. Setiap makluk yang dijadikan, dijamin makan dan minum setiap hari oleh Allah S.W.T. Tidak kira dimana berada sama ada seekor semut yang berkeliaran ditanah, sebatang pokok yang berakar dibumi, seekor ikan yang hidup dilautan atau burung-burung yang berterbangan di udara. Rezeki semua makluk-Nya itu teleh disediakan oleh Allah S.W.T. Betapa mudahnya tugas makhluk, hanya perlu berusaha mencari sesuatu yang telah disediakan.

3. ALHAMDULILLAH.

Dengan menyebut 'Alhamdulillahi Rabbil Alamin' tidak kurang 17 kali setiap hari, Allah S.W.T mengajar manusia agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat-Nya yang banyak dan tidak putus-putus. Seberat mana sekalipun cubaan yang diterima, seseorang yang beriman itu tetap bersyukur kerana dia sedar di sebalik apa yang berlaku, ada Rahmat yang tersembunyi. Segalanya akan diperolehi sekiranya dia bersabar dan taat kepada Allah S.W.T.  

No comments:

Post a Comment