April 01, 2015

WATAK DAN PERSONALITI IMAM MAHADI


Dalam hadis-hadis sahih, Imam Mahadi digambarkan sebagai seorang lelaki bertubuh tegap, besar dan tinggi. Kulitnya putih kemerah-merahan seperti kulit orang Arab. Wajahnya tampan dan berseri. Kepalanya besar dan bentuk mukanya agak memanjang. Dahinya luas dan lebar. Hidungnya mancung seperti hidung orang-orang arab. Bulu keningnya nipis, melengkung dan tidak bertemu. Biji matanya besar dan pinggir matanya nampak sentiasa kelihatan bercelak.


Jambangnya agak nipis tetapi janggutnya panjang, tebal dan kemas. Giginya cantik dan berjarak. Bahunya lebar dan dadanya bidang. Kedua-dua belah pahanya renggang manakala daging pahanya agak besar. Beliau sentaiasa memakai serban terutama berwarna putih. Jubahnya pula dua lapis berwarna putih daripada jenis Qutwani dan rekaannya seperti rekaan baju Gamis. Beliau akan mengenakan sebatang tongkat ke mana sahaja beliau pergi. 

Kedua-dua belah tapak tangannya besar dan tegap. Beliau dikatakan seorang yang sukar bercakap. Apabila sukar menyatakan sesuatu, beliau akan menepuk paha kirinya dengan tangan kanan. Secara amnya, perwatakannya sama dengan perwatakan Rasulullah s.a.w. Beliau sentiasa kelihatan sihat dan tenang.

Imam mahadi memiliki baju besi Rasulullah s.a.w yang baginda pakai semasa berperang. Baju itu tidak pernah digunakan selepas kewafatannya. Beliau juga memiliki sebuah pedang Rasulullah s.a.w  yanh dinamakan Zulfikar. Pedang itu pernah digunakan oleh Sayidina Ali dalam beberapa peperangan.


Beliau turut memiliki sehelai bendera merah yang diperbuat daripada kain bulu dan tertulis perkataan 'Bermula Perjanjian Itu Bagi Allah' dengan warna hitam. Beliau tidak pernah membangunkan orang yang sedang tidur kecuali apabila masuk waktu solat.   

No comments:

Post a Comment