April 09, 2015

"TEPUK DADA TANYALAH IMAN"


KALAMULLAH

"Wahai orang yang beriman!
Bertakwalah kamu kepada Allah 
dan ucapkanlah perkara yang benar". 
(al-Ahzab:70)

HADIS PILIHAN
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupas dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu". 
(Hadis Riwayat: Muslim)




SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?
        Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mangambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
        Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah lalu ia berkata "Inna lillahi wa inna illahi raji'un" seraya berdoa "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.


SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
        Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak leka dengan kenikmatan dunia yang sementara ini. 


SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
        Orang yang miskin adalah orang yang tidak paus dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpukan kepada harta dunia semata-mata.


SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?
        Orang yang rugi adalah orang orang yang sudah mencapai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
        Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
        Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang meninggal dunia dengan membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.


SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING SEMPIT?
        Orang yang mempunyai rumah yang paling sempit adalah orang yang meninggal dunia dengan tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya itu menghimpitnya.


SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
        Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni Syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa Neraka jahanam. 


No comments:

Post a Comment